Jumaat, 31 Ogos 2018

sepi

saat sepi menjerut tangkai hati,
rindu kian menyapa diri,
membuatkan hati menangisi,
setiap kisah yang dilalui,
hinggakan hari-hari terasa sunyi,
membuatkan rasa yang seakan akan tidak mahu pergi,
disetiap kamar hati,
menjadikan aku seorang perindu yang menanti,
tanpa pernah mengenal erti,
dikecewakan oleh insani,
kerana setiap rasa dihulur adalah perasaan yang suci,
ingin mencintai
dan
disayangi....

nurkilan
nik
2.45am
010918

open ur mind

berfikirlah kehadapan,
majulah tanpa mundur,
jangan pernah mengalah meskipun kalah,
hidup ini sememangnya penuh pancaroba,
andai tidak mampu untuk hadap,
berdoalah semoga kau diberikn kekuatan,
ketabahan,
kecekalan,
kesabaran,
dan kesungguhan,
untuk mengharungi setiap liku-liku kehidupan,
tanpa kenal erti mengeluh..

😊😊

nik310818

Rabu, 29 Ogos 2018

hati

saat kecewa merantai hati,
cuba kau bangkit mencari,
berusaha mengapai sesuatu yang pasti,
mencari tanpa pernah mendustai,
berharap tanpa melukai,
mencintai tanpa menyakiti,
tidak memaksa untuk menyayangi,
namun melepaskan agar dia dikasihi,
dan sentiasa mendoakan kebahgiaannya meskipun bukan kita disisi,

#sebuahtintaspontan
30082018
nik