Jumaat, 31 Ogos 2018

sepi

saat sepi menjerut tangkai hati,
rindu kian menyapa diri,
membuatkan hati menangisi,
setiap kisah yang dilalui,
hinggakan hari-hari terasa sunyi,
membuatkan rasa yang seakan akan tidak mahu pergi,
disetiap kamar hati,
menjadikan aku seorang perindu yang menanti,
tanpa pernah mengenal erti,
dikecewakan oleh insani,
kerana setiap rasa dihulur adalah perasaan yang suci,
ingin mencintai
dan
disayangi....

nurkilan
nik
2.45am
010918

open ur mind

berfikirlah kehadapan,
majulah tanpa mundur,
jangan pernah mengalah meskipun kalah,
hidup ini sememangnya penuh pancaroba,
andai tidak mampu untuk hadap,
berdoalah semoga kau diberikn kekuatan,
ketabahan,
kecekalan,
kesabaran,
dan kesungguhan,
untuk mengharungi setiap liku-liku kehidupan,
tanpa kenal erti mengeluh..

😊😊

nik310818

Rabu, 29 Ogos 2018

hati

saat kecewa merantai hati,
cuba kau bangkit mencari,
berusaha mengapai sesuatu yang pasti,
mencari tanpa pernah mendustai,
berharap tanpa melukai,
mencintai tanpa menyakiti,
tidak memaksa untuk menyayangi,
namun melepaskan agar dia dikasihi,
dan sentiasa mendoakan kebahgiaannya meskipun bukan kita disisi,

#sebuahtintaspontan
30082018
nik

Selasa, 17 Julai 2018

Hargailah Ibubapamu

Kekadang kita tak peduli,
Ada seorang insan yang
Sentiasa bersama kita,
Sentiasa menjaga kita,
Sentiasa melindungi kita,
Sentiasa menyayangi kita,
Meskipun kita
Sentiasa mengabaikan dia,

Sedarlah insan,
Sebelum kamu kehilangan dia,
Berbaktilah padanya,
Sayangilah dia,
Dia tidak meminta yang lain,
Selain perhatian,
Kasih sayang,
Dan cinta,

Dia semakin hari semakin tua,
Begitu juga kita,
Sedarilah tanpa dia,
Tiadanya kita di dunia ini,
Semuanya kekuasaan Allah SWT,
Syukurilah segalanya,
Jangan sesekali kamu alpa...

nurkilan nik
9.53pm
17/7/18

IBU

sWahai anak,

Jangan sesekali kamu derhaka,
Jangan sesekali kamu meninggalkannya,
Jangan sesekali kamu membencinya,
Jangan pernah kamu sakiti hatinya,

Jagalah hatinya,
Sementara dia masih ada,
Hargailah pengorbanannya,
Tidak terbalas jasanya,
Tidak terhitung budinya,
Dia tiada galang gantinya,
Andai diberi wang berjuta,
kamu tetap tidak mampu,
membeli dan mengantikan dia,
Ibumu...

nurkilan nik
17/7/18

Ahad, 13 Mei 2018

ak silap

Aku pernah silap, aku suka sangat cari salah dia sampai aku terlupa yang dia pernah tolong aku satu ketika dulu.

Sabtu, 10 Februari 2018

Stay

Bila kau dah susah senang dgn dia,jatuh bangun dengan dia, Ingat! U should stay with him/her. Even kau jumpa yang lagi better sekali pun. Sebab yg better tu belum tentu boleh susah senang jatuh bangun dengan kau.

Sabar xrugi

Latih diri untuk menahan marah.
Latih diri untuk jadi orang yang penyabar.

Kenapa sabar?
Kerana orang sabar tak pernah rugi.

Cannot same like first

Bila kau dah susah senang dgn dia,jatuh bangun dengan dia, Ingat! U should stay with him/her. Even kau jumpa yang lagi better sekali pun. Sebab yg better tu belum tentu boleh susah senang jatuh bangun dengan kau.

Tikam belakang

Pernah tak kau jumpa manusia yang kau buat baik dengan dia, kau dengar masalah dia, tapi end of day dia jadi orang yang tikam belakang kau?

Kuatlh

Jika tak boleh terbang; lari, jika tak boleh berlari; jalan, jika tak boleh berjalan; merangkak, apapun dugaan, teruskan ke hadapan -

Hargailah

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang menginginkan kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya.

Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi

Hargailah

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang menginginkan kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya.

Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi

Ahad, 28 Januari 2018

Dari awk

Pesanan ku..
Saat engkau didalam perkenalan dan menjalinkan hubungan..
Jangan engkau menyekat kebebasan seseorang itu...
Kerna Jika engkau menyekat kebebasannya, engkau tidak akan mengenali dirinya sebenar,
Engkau tidak akan trlihat kejujuran,kesetiaan juga ciri2 kamu cari selama ini...
Jika kamu menyekat kebebasan dirinya 30%
Ia akan mengikut kehendak kamu,tetapi ia sembunyikan perangai sebenarnya kerna sayangkan diri kamu dihari ini,Fikirkan suatu saat perangai itu sudah mendidih apa yang terjadi ye🤔🤔...
Jika ia sayang n cinta dirimu,pasangan kamu akan hargai setiap kebebasan yang diberi dan menggunakan kearah jalan yang tidak menyakitkan hati mu dan kamu juga akan dapat melihat sejauh mana cinta dye sesama insan,ketenguhan hati juga macam ia menjaga kuat hubungan kamu dengan dye...

Fikiran dan perlihatan yang diberi harus digunakan dengan cara yang betul didalam semua perkara,
In shaa Allah kamu akan temui apa yang kamu Cari selama ini...

Khamis, 18 Januari 2018

Tautan hati

''My dear, to love someone is nothing,
to be loved by someone is something,
to be loved by someone you loved is exciting,
but to be loved by ALLAH is everything,
remember that's ALLAH always love you'' 😊😊😊

Sabtu, 6 Januari 2018

Bahagia bersama kelak

Bila resah dihati,
Cuba utk merelakannya,
Menerima setiap kisah yg berlaku,
Mengungkap segala rasa,
Yang tak mampu diucapkan,
Walaupun ianya pahit,
Cuba menelan setiap kepahitan ini,
Mungkin hari ini,
Kita merasai pahit tentang kehidupan,
Dan
Suatu saat nanti kita akan merasa manisnya,
Seperti lautan madu,
Yang terlalu indah dan bahagia,
Yang tiada penghujungnya,

Berdoa dan sabarlah dengan
Setiap ujian yang diterima,
INSHAALLAH bahagia menanti kelak....
😊😊😊

#nik#060118#

Selasa, 2 Januari 2018

Merintih

Hati ini merintih,
Jiwa ini merindu,
Perasaan ku menangis,
Semuanya ku sembunyikan,

Bukan tidak mahu meluahkan,
Namun hati ini tidak kuat,
Tidak kuat untuk menuturkan,
Setiap kata-kata.

Kerana, 
Aku takut bila,
Segalanya diketahui,
Kau menghilangkan diri,.

Sesungguhnya hati ini,
Tidak kuat untuk menerima,
Menerima berita kehilangan,
Insan yang kian mendapat tempat dihati...

Menghilang tanpa jejak,
Bukan sebab tiada cinta dihati,
Namun pergi kerana
Terlalu mencintainya.

Dia pergi kerana,
Ada hati yang perlu dijaga,
Dia pergi kerana,
Takut akan ad yg terluka,
Walaupun begitulah hakikatnya.. 

2.01.17