Jumaat, 29 Disember 2017

Aku insan lemah

Bibir ini sentiasa menyeru namanya
Mata ini ingin menatap wajahnya,
Tangan ini ingin menyentuhnya,
Telinga ini sentiasa mendengar suaranya..

Hidup ini penuh dengan bayangannya,
Setiap lembaran yang cuba ak singkapkan,
Masih hadirnya dia,
Masih kekalnya dia..
Masih abadi dihati... 

Pergilah bayangan lepas,
Aku ingin membuka lembaran baru,
Bukan bererti aku ingin melupakan,
Tetapi kerana aku tidak mampu,
Untuk meneruskannya,

Meneruskan bayangan lepas,
Hanya mampu memberikan,
Luka, sakit serta tangisan,
Untuk aku insan yang lemah ini....

#nick#
30.12.2017

Hati merindu

Saat hati mulai merindu,
Tangisan menjadi peneman,
Saat hati mulai rasa sendu,
Hati ini merasa sendirian,
Segala rasa hati tersingkap,
Sakit yang tidak terucap,
Resah tak tergambar,
Tak bisa aku tuturkan,
Jiwa kembali resah,
Hati mulai gelisah,

Pergilah segala rasa,
Aku ingin mencari lembaran baru,
Mencipta satu memori,
Membuka satu cerita,
Menutup sebuah duka...

*nik*
-29.12.17-

Isnin, 10 Julai 2017

Kasih

Kita bertemu kerana tugas,
Kita berselisih faham tanpa ketahui sebab,
Kita bermasam muka tanpa bergaduh,
Kita terasa hati tanpa pendamaian,
Namun begitu,
Kita tetap sefahaman bersama,
Jarak dan usia bukan halangannya,
Sebuah perhubungan kasih dan sayang,
Kasih dan sayang berputik kerana,
Ketidak sefahaman,
Namun demikian ianya kian mekar,
Bersulam rindu kian mengharum,
Berbulan2 mengikat kasih dan sayang,
Namun kerana satu hati takut untuk melihat satu lagi hati terluka,
Ianya terpaksa melukakn seorg yg disayang,
Kerana takut semakin bersulam rasa,
Sukar untuk menerima sebuah berita,
yang terpaksa disembunyikan dari semua,
Kerana takut banyak hati terluka senangkan dy menderita...

#nik

Sabtu, 4 Februari 2017

Be strong

Orang xtahu apa yang kita rasa
Orang xtahu dibalik senyuman kita
Orang hanya tahu mntafsirkn apa yg dilihat...
Orang hanya tahu menjatuhkan hukuman sebelum mengetahui silap...
Ketahui dahulu apa yang terpendam
Kenali sebelum berkata tentangnya...
#nice_day
#tq_team_tmkb
#050217

Jumaat, 20 Januari 2017

Kosong

Hati ini kosong..
Hentah mengapa aku sendiri tidak mengetahuinya...
Hati ini terlalu kesepian...
Terasa ingin menangis...
Kerana jiwa ini terlalu kosong...
Ya Allah sesungguhnya ak tidak kuat...
Mengapa harus aku yg merasai semua ini...
Hati bersabarlah mungkin ini ujian untuk ku..
😭😭😭😭
#bestrong

_20.01.17_