Selasa, 19 Julai 2016

Kamu

Mengapa perlu hadir tika ak derita,
Mengapa perlu hadir tika ak sakit,
Mengapa perlu hadir tika aku susah,
Mengapa perlu hadirnya kamu...
Aku penat dengan segala sandiwara ini,
Aku lelah dengan segala kerenahmu,
Aku takut untuk menerima setiap yg kau hulurkn,
Aku takut untuk bersandar lagi dibahumu,
Aku bimbang disaat aku kuat bersamamu,,
Dan jika tanpamu aku bakal rapuh sekali lagi,
Dan saat itu tiada siapa yg mampu aku sandarkan setiap rasa dihati antara suka dan duka....

*nik_190716*

Ahad, 17 Julai 2016

Hmm

Jangan pernah memberikan dirinya harapan,
Andai terdetik dihati  kamu suatu saat kamu akan meninggalkannya,
Jangan pernah taburkan janji manis,
Seandainya kamu sendiri tidak pasti mampu atau tidak untuk memenuhinya,
Jangan pernah menyayanginya,
Andai sayang yang diberikan tanpa keikhlasan...

*nick18/7*

Jagalah hati sendiri lebih baik,
Daripada kamu terus terusan menjaga hatinya...
Namun hatimu tetap dilukai olehnya,
Tanpa kamu ketahui apalah silapmu...

#Tidak salah menjaga hati orang namun fikirkanlah tentang diri sendiri dahulu sebelum membuat suatu keputusan...

_nik_
9. 44pm

Sabtu, 16 Julai 2016

Mencinta

Kau datang membawa sinar,
Untuk membuka ruang dihati,
Namun tetap ku perkemaskan,
Kerana cinta dan luka yg lama,
Aku terus terusan sendiri,
Aku tidak kuat untuk menempuhi,
Setiap detik yg telah aku ketahui,
Suatu saat nanti pasti hati ini akan tersakiti...
Bukan niat dihati untuk aku prajudis dengan lelaki,
Namun disebabkan dialah aku sendiri,
Menjadi insan sendiri yg takut menerima tentang hakiki walhal ianya bukan fantasi,
Wahai hati,
Kuatlah engkau untuk menerima takdir buat kehidupan ini....
😂😂😂😂

_nick_