Selasa, 17 Julai 2018

Hargailah Ibubapamu

Kekadang kita tak peduli,
Ada seorang insan yang
Sentiasa bersama kita,
Sentiasa menjaga kita,
Sentiasa melindungi kita,
Sentiasa menyayangi kita,
Meskipun kita
Sentiasa mengabaikan dia,

Sedarlah insan,
Sebelum kamu kehilangan dia,
Berbaktilah padanya,
Sayangilah dia,
Dia tidak meminta yang lain,
Selain perhatian,
Kasih sayang,
Dan cinta,

Dia semakin hari semakin tua,
Begitu juga kita,
Sedarilah tanpa dia,
Tiadanya kita di dunia ini,
Semuanya kekuasaan Allah SWT,
Syukurilah segalanya,
Jangan sesekali kamu alpa...

nurkilan nik
9.53pm
17/7/18

IBU

sWahai anak,

Jangan sesekali kamu derhaka,
Jangan sesekali kamu meninggalkannya,
Jangan sesekali kamu membencinya,
Jangan pernah kamu sakiti hatinya,

Jagalah hatinya,
Sementara dia masih ada,
Hargailah pengorbanannya,
Tidak terbalas jasanya,
Tidak terhitung budinya,
Dia tiada galang gantinya,
Andai diberi wang berjuta,
kamu tetap tidak mampu,
membeli dan mengantikan dia,
Ibumu...

nurkilan nik
17/7/18